إرسال رابط إلى التطبيق

Al-A'raaf (Susunan Tafsir Oleh Abu Haniff)


4.0 ( 7760 ratings )
مرجع كتاب
المطور: Mohd Suhairi Ahmad Soobni
حر

Susunan tafsir Al-Araaf ini adalah penerbitan seterusnya selepas surah-surah yang telah diterbitkan, dan insyaAllah surah Al-Anfaal akan menyusuli tidak berapa lama lagi. Semoga susunan-susunan tafsir ini memberi manfaat kepada kita semua.

Sesungguhnya susunan-susunan tafsir ini adalah susunan yang disusun dengan mengambil penafsirannya dari kitab-kitab tafsir yang masyhur, dan kitab-kitab hadis, dan kitab-kitab sirah, dan kitab-kitab lain yang relevan. Tiadalah di dalam susunan tafsir ini tafsiran baru melainkan telah wujud tafsiran itu di dalam mana-mana kitab rujukan itu.

Pada mulanya, penyusun membuat penyusunan ini sebagai satu kaedah untuknya mempelajari dan memahami Al-Quran. Dan penyusun juga cuba menterjemah sendiri ayat-ayat Al-Quran ke dalam bahasa Melayu sebagai satu lagi usahanya untuk lebih memahami bahasa Al-Quran. Dan di dalam menterjemah itu, penyusun cuba sedayanya untuk tidak menukar kedudukan nahu yang terdapat di dalam Al-Quran. Dan di dalam memilih terjemahan yang paling tepat dan baik dari bahasa Arab ke bahasa Melayu, penyusun membuat perbandingan terhadap semua terjemahan-terjemahan di dalam bahasa Inggeris dan Melayu yang penyusun boleh dapati.

Hasil susunan tafsir ini kemudiannya telah digunakan sebagai bahan panduan di dalam kelas-kelas perbincangan yang penyusun adakan dengan keluarga terdekat dan kawan-kawan terdekat.

Kitab-kitab tafsir utama yang menjadi rujukan penyusun ialah:
1.Tafsir Al-Quran Al-Azim oleh Al-Imam Abul Fida Ismail Ibnu Kathir Ad-Dimasyqi
2.Jami Al-Bayan an Tawil Ayi Al-Quran oleh Abu Jaafarwa Muhammad bin Jarir At-Tabari
3.Al-Jami li Ahkam Al-Quran oleh Imam Al-Qurtubi
4.Adhwaul Bayan oleh Syaikh Asy-Syanqithi

Kitab-kitab tafsir lain:
1.Tafsir Al-Maraghiy oleh Ahmad Mustafa Al-Maraghiy
2.At-Tafsiru Al-Qayyium oleh Ibnu Qayyim Al-Jauziyyah
3.Tafsir fi Zilalil Quran oleh Sayyid Qutb
4.The Noble Quran oleh Dr. Muhammad Taqi-ud-Din Al-Hilali dan Dr. Muhammad Muhsin Khan
5.Tafsir Jalalain oleh Jalaluddin As-Sayuthi dan Jalaluddin Ibnu Ahmad Al-Mahally
6.Tafsir Al-Azhar oleh Prof. Dr. Hamka


Bermula dengan surah ini terjemahan kepada semua ayat-ayat Quran disemak dan diperhalusi untuk lebih menetapi kehendak irab Al-Quran.

Sedikit pembaharuan terhadap antara muka dan menu navigasi (user interface and navigation menu) aplikasi susunan tafsir Abu Haniff juga telah dilakukan.

Teguran dan perbincangan dari pembaca-pembaca adalan amat dialu-alukan, dan penyusun dapat dihubungi melalui e-mail [email protected].